YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang
membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai,
dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton
dipaparkan.
Diasaskan
pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis
kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik,
serta kandungan amatur seperti videoblogdan video ringkas yang asli.
Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik
untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Syarikat
Google Inc. mengumumkan
bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai
pada 13 November 2006.
No comments:
Post a Comment