Produk-produk perkakasan syarikat yang
paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti
persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang
dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007.
Diperbadankan pada 3 Januari 1977 , syarikat in
mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30
tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini
menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar
membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk
komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna. Pertukaran
nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartfon iPhone dan
sistemvideo digital Apple TVnya membayangkan
peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain
daripada tumpuan tradisionalnya dalamkomputer peribadi.
No comments:
Post a Comment