title


counters

Friday 17 April 2015

Pengenalan Kepada Brainly Eyfa

Maksud bagi paparan di atas ialah jika anda sukakan sesuatu matapelajaran tersebut, tetapi anda sangat lemah mengendalikan lain-lain matapelajaran, anda boleh belajar bersama pelajar yang pandai mengenai pelajaran tersebut.

Brainly juga adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Cracow, Poland, yang menguruskan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial untuk pelajar dan pendidik. Ia boleh didapati dalam 13 versi bahasa yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan dari lebih 35 buah negara di dunia.  Syarikat ini beroperasi dalam Pendidikan Teknologi. Laman web pertama kumpulan itu telah dilancarkan pada tahun 2009 di Poland di bawah nama Zadane. Sistem ini adalah berdasarkan kepada mata motivasi dan unsur-unsur positif dimana pengguna boleh melibatkan diri dalam komuniti dalam talian.


Laman web ini juga merupakan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosila berdasarkan rangka kerja yang biasa. Tambahan pula, ia adalah salah satu media sosial ketat berhubung pendidikan dan pembelajaran. Ciri-ciri rangkaian sosial yang digunakan adalah untuk menyambungkan pengguna yang berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing dalam komuniti dalam talian ini. Projek ini adalah khusus untuk pelajar di peringkat rendah dan menengah. Malah, guru-guru serta ibu bapa boleh menggunakan laman web ini untuk menambah pengetahuan mereka. Akhir sekali ialah berkaitan matlamat Brainly yang berusaha memberi inspirasi kepada pelajar untuk belajar dalam komuniti bersama meneroka pengetahuan baharu dengan memberi tumpuan terutamanya para pelajar yang mempunyai masalah kerja rumah. Oleh hal yang demikian, Brainly telah mencapai sehingga 13 versi yang dikunjungi oleh lebih 30 juta pengguna unik setiap bulan.

No comments:

Post a Comment