Keburukan Komputer
Seperti mana yang kita tahu komputer ialah suatu
perangkat elektronika yang dapat menerima dan mengolah data menjadi informasi,
menjalankan program yang tersimpan dalam memori, serta dapat bekerja secara
automatik dengan aturan tertentu . Jadi apa pula yang dimaksudkan dengan
keburukan komputer? Keburukan komputer ialah perkara yang boleh memberi impak
negatif kepada individu, masyarakat dan negara.
Pertama
sekali keburukan komputer ialah komputer menjadi tempat penyebaran
dakyah jahat . Hal ini kerana wujudnya laman-laman web yang agak
keterlaluan. Contohnya, ada laman web Injil yang diselewengkan dalam Bahasa
Malaysia yang menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti
yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian. Mereka memberi maklumat palsu
untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar
cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench
Coat'.
Komputer
juga merupakan medium penyebaran virus . Terutama
penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang
terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh
keupayaannya. Kesannya ia boleh menyebabkan sistem sesebuah PC rosak.
Keburukan komputer yang ketiga ialah ia membuatkan
produktiviti syarikat menurun. Mutakhir ini seringkali dibicarakan
sebagai satu faktor yang menyumbang ke arah menurunnya produktiviti syarikat
jika pekerja lebih kepada melayan kepada rangkaian sosial di internet seperti
Facebook, Twitter, Skype dan lain-lain. Jika ramai yang melakukannya ia akan
membarah dan akhirnya kos operasi juga akan meningkat ekoran penggunaan sumber
yang tidak betul.
Bagi perspektif kami pula, kami sekumpulan
merasakan komputer ini boleh menyebabkan kami sebagai pelajar leka
dan banyak masa terbuang disebabkan penggunaan komputer yang
berlebihan. Adanya Facebook, Twitter, malah Skype yang penggunaannya
sebagai webcammakin meluas dalam kalangan pelajar.
Kebaikan Komputer
Kelajuan
Operasi dalam komputer berlaku melalui
litar elektronik dalam cip. Data mengalir dalam litar ini dengan kelajuan
menghampiri kelajuan cahaya. Pemprosesannya adalah sangat laju.
Konsisten
Komputer dapat memproses data
kompleks dengan pantas dan tepat. Kesilapan output biasanya adalah disebabkan
oleh kesilapan input manusia(Garbage In Garbage Out).
Storan
komputer masa kini mempunyai
storan yang sangat besar. Data dan maklumat juga dapat dicapai dan diproses
dengan cepat dan kemudian disimpan semula untuk kegunaan masa depan.
Komunikasi
Dengan adanya teknologi rangkaian
komputer dapat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih pantas ,
efisien dan berkesan. Pengguna juga dapat berhubung dalam masa yang sangat
singkat walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi yang sangat jauh.
Kebolehsandaran
Komponen-komponen komputer dalam
litar elektronik mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah. Oleh itu, hasil
pemprosesan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan konsisten.
Keselamatan menggunakan komputer
keselamatan komputer meliputi 4
aspek penting iaitu:
- Tanggungjawab
- Keselamatan
fizikal
- Keselamatan
sistem
- Keselamatan
data
Antara aspek yang lain
iaitu:
- suhu dalam makmal komputer
sebaiknya tidak lebih daripada 40 ° C.
- komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
- Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.
- komputer juga agak sensitif, jadi elakkan daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
- komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.
- komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
- Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.
- komputer juga agak sensitif, jadi elakkan daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
- komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment