title


counters

Monday, 21 April 2014

Kunci Prime Dan Kunci Asing


Kunci Prime Dan Kunci Asing
Di dalam pankalan data terdapat kunci prime dan kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti diisi (tidak boleh tinggalkan kosong).Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci prime
KUNCI PRIME
·         Kunci prime adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual. Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null (tiada nilai).
·         Dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci prime. Pemilihan kunci prime adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan lain
·         Kunci prime juga boleh diberikan secara automatic oleh perisian DBMS.
·         Kunci prime juga boleh dicipta sendiri oleh pengaturcara. Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik (tak akan ada no kad pengenalan yang sama antara dua orang) ataupun nombor surat beranak,nombor pasport, nombor pelajar ataupun nombor pekerja.
KUNCI ASING
·         Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci prime, yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain. Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan silang.
·         Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujukkannya. Nilai kunci asingboleh berulang-ulang.
KEPENTINGAN KUNCI PRIMER
·         Memastikan setiap rekod lama yang disimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
·         Memberikan identity yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data.
·         Menjadikan data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
·         Mengelakkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data. Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan computer.
·         Memudahkan proses carian dan capaian ke atas rekod. Rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan membuat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer.
Perbezaan antara Kunci Primer dan Kunci Asing.
Kunci Primer
Ciri-ciri
Kunci Asing
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam jadual
Lokasi
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik
Cipta
Ia dicipta dengan memasukan medan kunci primer dari satun jadual ke jadual yang lain
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual
Bilangan kunci
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual
Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang
Pengulangan data
Data di dalam medan kunci asing boleh berulang-ulang
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual.
Nilai kunci
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain.
Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama.

Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama.
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod di dalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik
Fungsi kunci
Kunci ini digunakan untuk menghubungkan antara dua jadual bersama.









No comments:

Post a Comment