title


counters

Monday, 5 May 2014

Sistem pengoperasian

Sistem pengoperasian (OS) adalah perisian computer yang mengandungi arahan yang menguruskan semua aktiviti perkakasan computer. Sebahagian besar system pengoperasian melakukan fungsi yang sama seperti memulakan computer, menyediakan antara muka pengguna, mengguruskan program, menguruskan ingatan dan konfigurasi peranti. Beberapa system pengoparasian juga membolehkan pengguna untuk mengawal rangkaian dan menguruskan keselamatan computer.
Jenis-jenis system Penhoperasian
               i.      Stand-Alone Operating System (satu pengguna-pelbagai tugas).
·         Digunakan oleh kebanyakan pengguna seperti kita.
·         Pelbagai tugas/program boleh dibuka serentak.
·         Digunakan pada PC, Laptop.
·         Contoh: Window XP, Vista, Window 7, Mac OS, Linux, Dos

              ii.      Network Operating System (ramai pengguna).
·         Digunakan pada computer server.
·         Membolehkan ramai pengguna menggunakan sumber computer secara serentak.
·         Contoh: Window NT, Window Server 2000, UNIX, SOLARIS

             iii.      Embedded Operating System (satu pengguna-satu tugas)
·         Meneruskan agar pengguna dapat melakukan dengan efektif hanya satu tugas sahaja.
·         Digunakan pada PDA, Smartphone dan Tablet PC
·         Contoh: Android, IOS, Windows Mobile.



             iv.      Fungsi OS

              I.      Menghidupkan dan mematikan computer
·         Os berfungsidalam menghidupkan computer. Ia akan bertugas sebaik sahaja suis computer dihidupkan. Setelah memakai computer ia perlu ditutup dengan arahan shutdown.

            II.      Menyediakan antaramuka pengguna
·         OS membenarkan pengguna mencapai dan mengarah system computer menerusi antaramuka yang tersedia. Menerusi antaramuka, penggunaboleg memasukkan data dan arahan serta mendapatkan maklumat dan informasi dari computer.
·         Terdapat 3 jenis antaramuka pengguna iaitu:
a)   Pacuan perintah (command-based user interface)
b)  Pacuan menu (menu drive)
c)   Antaramuka bergrafik (graphic user interface)

          III.      Mengurukan data dan perisian lain
·         OS juga berfungsi dalam menguruskan data dan perisian lain yang tersimpan di dalam cakera keras.
·         OS berfungsi dalam menguruskan perjalanan data dari komponen output dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder
·         OS juga akan menguruskan perjalanan perisian yang lain. Contohnya perisian pemprosesan perkataan, pelungsur internet dan sebagainya.

            IV.      Mengurukan ingatan utama (RAM)
·         OS bertugas dalam mengawal dan menguruskan RAM agar ia dapat digunakan secara optimum dan terancang.
·         Os akan mengurukan data yang tersimpan di dalam RAM agar ia dapat diproses agaruntuk dihantar ke peranti output atau disimpan ke dalam storan sekunder selepas pemprosessan.



              V.      Menguruskan perkakasan
·         Ia akan memberikan arahan kepada setiap perkakasan mengikut tugas masing-masing berdasarkan arahan tersedia atau arahan dari pengguna.
·         Perkakasan tersebut adalah melibatkan komponen input (tertikus, papan kekunci, pengimbas) output (pencetak, skrin, audio, video) storan sekunder (cakera keras) dan ingatan utama RAM.

No comments:

Post a Comment