title


counters

Monday, 5 May 2014

Sistem pengoperasian

Sistem pengoperasian (OS) adalah perisian computer yang mengandungi arahan yang menguruskan semua aktiviti perkakasan computer. Sebahagian besar system pengoperasian melakukan fungsi yang sama seperti memulakan computer, menyediakan antara muka pengguna, mengguruskan program, menguruskan ingatan dan konfigurasi peranti. Beberapa system pengoparasian juga membolehkan pengguna untuk mengawal rangkaian dan menguruskan keselamatan computer.
Jenis-jenis system Penhoperasian
               i.      Stand-Alone Operating System (satu pengguna-pelbagai tugas).
·         Digunakan oleh kebanyakan pengguna seperti kita.
·         Pelbagai tugas/program boleh dibuka serentak.
·         Digunakan pada PC, Laptop.
·         Contoh: Window XP, Vista, Window 7, Mac OS, Linux, Dos

              ii.      Network Operating System (ramai pengguna).
·         Digunakan pada computer server.
·         Membolehkan ramai pengguna menggunakan sumber computer secara serentak.
·         Contoh: Window NT, Window Server 2000, UNIX, SOLARIS

             iii.      Embedded Operating System (satu pengguna-satu tugas)
·         Meneruskan agar pengguna dapat melakukan dengan efektif hanya satu tugas sahaja.
·         Digunakan pada PDA, Smartphone dan Tablet PC
·         Contoh: Android, IOS, Windows Mobile.



             iv.      Fungsi OS

              I.      Menghidupkan dan mematikan computer
·         Os berfungsidalam menghidupkan computer. Ia akan bertugas sebaik sahaja suis computer dihidupkan. Setelah memakai computer ia perlu ditutup dengan arahan shutdown.

            II.      Menyediakan antaramuka pengguna
·         OS membenarkan pengguna mencapai dan mengarah system computer menerusi antaramuka yang tersedia. Menerusi antaramuka, penggunaboleg memasukkan data dan arahan serta mendapatkan maklumat dan informasi dari computer.
·         Terdapat 3 jenis antaramuka pengguna iaitu:
a)   Pacuan perintah (command-based user interface)
b)  Pacuan menu (menu drive)
c)   Antaramuka bergrafik (graphic user interface)

          III.      Mengurukan data dan perisian lain
·         OS juga berfungsi dalam menguruskan data dan perisian lain yang tersimpan di dalam cakera keras.
·         OS berfungsi dalam menguruskan perjalanan data dari komponen output dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder
·         OS juga akan menguruskan perjalanan perisian yang lain. Contohnya perisian pemprosesan perkataan, pelungsur internet dan sebagainya.

            IV.      Mengurukan ingatan utama (RAM)
·         OS bertugas dalam mengawal dan menguruskan RAM agar ia dapat digunakan secara optimum dan terancang.
·         Os akan mengurukan data yang tersimpan di dalam RAM agar ia dapat diproses agaruntuk dihantar ke peranti output atau disimpan ke dalam storan sekunder selepas pemprosessan.



              V.      Menguruskan perkakasan
·         Ia akan memberikan arahan kepada setiap perkakasan mengikut tugas masing-masing berdasarkan arahan tersedia atau arahan dari pengguna.
·         Perkakasan tersebut adalah melibatkan komponen input (tertikus, papan kekunci, pengimbas) output (pencetak, skrin, audio, video) storan sekunder (cakera keras) dan ingatan utama RAM.

PROGRAM UTILITI

PROGRAM UTILITI

Program utility adalah program atau perisian yang melaksanakan pelbagai jenis tugas berkaitan  dengan pengurusan atau kerja-kerja penyelenggaraan sesebuah computer seperti pengurusan fail, menyahkan virus dan memberi laporan kerosakan computer
JENIS PERISIAN UTILITI

·         Antivirus
·         Pengurusan Fail (File Management)
·         Diagnosis
·         Pemampatan fail (File Compresion)
·         Disk Defragmenter
PENGURUSA FAIL

·         Adalah program utility yang membuat pengurusan berkaitan dengan fail seperti memadam fail, menyalin fail, menukar nama fail, memindahkan fail, membuka fail dan pengurusan cakera (disk) seperti format dan menyalin cakera.
Ø  Contoh-contoh:-
§  Window Explore
§  Free Commander
§  Directory Opus 9
§  SE-




Pemanpatan Fail
·       Adalah program utility yang boleh mengurangkan saiz fail sehingga ruang simpanan yang sedikit diperlukan dan dapat mengurangkan masa penghantaran jika kita membuat penghantaran failtersebut melalui internet
Pemampatan Fail
·         Contoh-contoh: Peazip,Winzip, Winrar, Pkzip


kebaikan dan keburukan komputer

Keburukan Komputer
          Seperti mana yang kita tahu komputer ialah suatu perangkat elektronika yang dapat menerima dan mengolah data menjadi informasi, menjalankan program yang tersimpan dalam memori, serta dapat bekerja secara automatik dengan aturan tertentu . Jadi apa pula yang dimaksudkan dengan keburukan komputer? Keburukan komputer ialah perkara yang boleh memberi impak negatif kepada individu, masyarakat dan negara. 

Pertama sekali keburukan komputer ialah komputer menjadi tempat penyebaran dakyah jahat . Hal ini kerana wujudnya laman-laman web yang agak keterlaluan. Contohnya, ada laman web Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia yang menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian. Mereka memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. 


Komputer juga merupakan medium penyebaran virus . Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang  menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesannya ia boleh menyebabkan sistem sesebuah PC rosak. 


Keburukan komputer yang ketiga ialah ia membuatkan produktiviti syarikat menurun. Mutakhir ini seringkali dibicarakan sebagai satu faktor yang menyumbang ke arah menurunnya produktiviti syarikat jika pekerja lebih kepada melayan kepada rangkaian sosial di internet seperti Facebook, Twitter, Skype dan lain-lain. Jika ramai yang melakukannya ia akan membarah dan akhirnya kos operasi juga akan meningkat ekoran penggunaan sumber yang tidak betul. 

Bagi perspektif kami pula, kami sekumpulan merasakan komputer ini boleh menyebabkan kami sebagai pelajar leka dan banyak masa terbuang disebabkan penggunaan komputer yang berlebihan. Adanya Facebook, Twitter, malah Skype yang penggunaannya sebagai webcammakin meluas dalam kalangan pelajar. 

Kebaikan Komputer
Kelajuan
Operasi dalam komputer berlaku melalui litar elektronik dalam cip. Data mengalir dalam litar ini dengan kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. Pemprosesannya adalah sangat laju.

Konsisten
Komputer dapat memproses data kompleks dengan pantas dan tepat. Kesilapan output biasanya adalah disebabkan oleh kesilapan input manusia(Garbage In Garbage Out).

Storan
komputer masa kini mempunyai storan yang sangat besar. Data dan maklumat juga dapat dicapai dan diproses dengan cepat dan kemudian disimpan semula untuk kegunaan masa depan.

Komunikasi
Dengan adanya teknologi rangkaian komputer dapat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih pantas , efisien dan berkesan. Pengguna juga dapat berhubung dalam masa yang sangat singkat walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi yang sangat jauh.

Kebolehsandaran
Komponen-komponen komputer dalam litar elektronik mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah. Oleh itu, hasil pemprosesan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan konsisten.
Keselamatan menggunakan komputer

keselamatan komputer meliputi 4 aspek penting iaitu: 
  • Tanggungjawab
  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan sistem
  • Keselamatan data

Antara aspek yang lain iaitu: 

- suhu dalam makmal komputer sebaiknya tidak lebih daripada 40 ° C.
- komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS      supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
- Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.
- komputer juga agak sensitif, jadi elakkan daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
- komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.