title


counters

Monday, 24 February 2014

Kunci Prime Dan Kunci Asing
Di dalam pankalan data< terdapat kunci prime dan kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti diisi(tidak boleh tinggalkan kosong).Setiap jadual mesti mempunyai minimumsatu kunci prime
KUNCI PRIME
  • Kunci prime adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual. Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null.
  • Dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci prime. Pemilihan kunci prime adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan lain
  • Kunci prime juga boleh diberikan secara automatic oleh perisian DBMS.
  • Kunci prime juga boleh dicipta sendiri oleh pengaturcara. Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik (tak akan ada no kad pengenalan yang sama antara dua orang) ataupun nombor surat beranak,nombor pasport, nombor pelajar ataupun nombor pekerja.
KUNCI ASING
  • Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci prime, yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain. Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan silang.
  • Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujukkannya. Nilai kunci asingboleh berulang-ulang.
KEPENTINGAN KUNCI PRIMER
  • Memastikan setiap rekod lama yang disimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
  • Memberikan identity yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data.
  • Menjadikan data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
  • Mengelakkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data. Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan computer.
  • Memudahkan proses carian dan capaian ke atas rekod. Rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan membuat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer.

No comments:

Post a Comment