Kunci Prime Dan Kunci Asing
Di dalam pankalan data terdapat kunci prime dan kunci asing yang
mana nilainya adalah unik dan mesti diisi (tidak boleh tinggalkan
kosong).Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci prime
KUNCI
PRIME
·
Kunci prime adalah medan
yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual. Kekunci ini tidak
boleh memiliki nilai null (tiada nilai).
·
Dalam setiap jadual di
pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci prime. Pemilihan
kunci prime adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan
medan-medan lain
·
Kunci prime juga boleh
diberikan secara automatic oleh perisian DBMS.
·
Kunci prime juga boleh
dicipta sendiri oleh pengaturcara. Antara yang sering digunakan adalah seperti
nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik (tak akan ada no kad pengenalan yang
sama antara dua orang) ataupun nombor surat beranak,nombor pasport, nombor
pelajar ataupun nombor pekerja.
KUNCI
ASING
·
Kunci asing adalah
salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci prime, yang berada
di dalam jadual kedua atau pada jadual lain. Kunci asing boleh digunakan untuk
jadual rujukan silang.
·
Setiap nilai kunci
asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang
dirujukkannya. Nilai kunci asingboleh berulang-ulang.
KEPENTINGAN
KUNCI PRIMER
·
Memastikan setiap
rekod lama yang disimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
·
Memberikan identity
yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data.
·
Menjadikan data yang
disimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik
sebagai pengenalan diri.
·
Mengelakkan daripada
rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data. Ini seterusnya
dapat menjimatkan ruangan storan computer.
·
Memudahkan proses
carian dan capaian ke atas rekod. Rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan
membuat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer.
Perbezaan antara
Kunci Primer dan Kunci Asing.
Kunci Primer
|
Ciri-ciri
|
Kunci Asing
|
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama
sebelah kiri dalam jadual
|
Lokasi
|
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua
selepas kunci primer dalam jadual
|
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang
mempunyai nilai yang unik
|
Cipta
|
Ia dicipta dengan memasukan medan kunci primer
dari satun jadual ke jadual yang lain
|
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah
jadual
|
Bilangan kunci
|
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini
di dalam sesebuah jadual
|
Data pada medan kunci primer tidak mungkin
berulang
|
Pengulangan data
|
Data di dalam medan kunci asing boleh
berulang-ulang
|
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan
ia mesti diisi bagi sesebuah jadual.
|
Nilai kunci
|
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya
merujuk kepada kunci primer pada jadual lain.
|
Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini
dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama.
|
Kunci ini membenarkan nilai kosong dan
pengulangan nilai yang sama.
|
|
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod di
dalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik
|
Fungsi kunci
|
Kunci ini digunakan untuk menghubungkan antara
dua jadual bersama.
|